Aktiviti lain dalam perancangan – menyusul insyaAllah:
Kelas bertutur dalam Bahasa Arab Akademik
Aktiviti dan latihan pertuturan dalam bahasa Arab bagi mereka yang telah mempunyai asas-asas bahasa Arab dan ingin menguasai kemahiran pertuturan dalam bahasa Arab.
Objektif jangka masa pendek: menyediakan ruang untuk berlatih pertuturan harian dalam bahasa Arab.
Objektif jangka masa panjang: membentuk keluarga dan generasi akan datang yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua di samping bahasa Ibunda – khususnya di Malaysia.
Syarat Penyertaan:
1. Anda ingin dan bersedia bertutur dalam bahasa Arab – kelas ini bukan kelas pengajaran, tetapi kelas praktikal pertuturan dalam bahasa Arab.
2. Anda mempunyai seorang rakan-pertuturan yang sama seperti anda, ingin menguasai kemahiran pertuturan dalam bahasa Arab.
Cara aktiviti dikendalikan:
1. Kelas adalah melalui aplikasi ZOOM
2. Kelas dimulakan dengan taklimat dan garispandu pertuturan
3. Anda dan rakan-pertuturan anda akan ditempatkan dalam ROOM khas dalam aplikasi ZOOM untuk latih-tubi pertuturan hari tersebut.
4. Pertuturan anda berdua akan didengar oleh penulis sendiri untuk penambahbaikan sebelum aktiviti pertuturan seterusnya.
BILANGAN MUKA SURAT : 222 M/S
HARGA RM 25.00