Bagaimana Mahu menjadi Ibu Yang Hebat dan Ikhlas?

Bagaimana Mahu menjadi Ibu Yang Hebat dan Ikhlas?

Ibu.. Ibu… Besar sungguh Pengorbanan Ibu.. Allah sahaja lah yang mampu membalasnya..Ibu, kadang penat.. BAGAIMANA UNTUK IBU TETAP BERSABAR DALAM MENDIDIK ANAK..

Ibu, bagaimana Untuk TETAP Ikhlas menunaikan tanggung jawab walau belum Ada penghargaan setinggi langit

Perkataan ikhlas tu bagi saya terlalu berat untuk diperdebatkan.

Ikhlas umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam gelap.

Maka hanya kita dan Allah yang tahu keikhlasan kita terhadap sesuatu.

Bagaimana menjadi Ibu yang hebat dan Ikhlas? Jom baca untuk mendapat kan tips tips menjadi Ibu yang hebat dimata Suami dan anak anak dan yang paling penting ikhlas kerana Allah

TIPS URUS STRESS

  1. Banyakkan istighfar dan amalkan surah al- fatihah.

  2. Buat aktiviti fizikal seperti bersenam dan keluar ambil udara segar.

  3. Cuba curi masa untuk tidur sekejap untuk rehat kan minda dan badan.

  4. Cuba teknik-teknik tertentu untuk relaks kan emosi dan dan diri sendiri.

  5. Bercakap dan bercerita dengan seseorang yang kita percayai untuk luahkan apa yang membuatkan kita sedih, tulis di dalam diari jika tak nak kongsi cerita dengan siapa-siapa atau luahkan dengan Allah melalui doa-doa selepas kita solat.

  6. Tips control iaitu kawal diri sendiri , kawal situasi jika terdapat masalah .

  7. Urus masa dengan bijak , cuba atur jadual harian dengan betul supaya urusan harian kita berjalan dengan lancar.

TIPS UNTUK MENJADI IBU YANG HEBAT DAN IKHLAS

Tips 1: Mesti ada ilmu

  • Ilmu adalah kayu  pengukur dalam kehidupan kita dan mentukan perkara itu baik atau tidak.
  • Jika kita dalam situasi yang stress atau kemurungan contohnya, bila kita ada ilmu kita akan dapat kawal emosi kita, kita dapat kawal situasi dengan lebih baik.

Tips 2: Sentiasa Bersyukur Dan Menghargai.

  • Bersyukur ini sebenarnya susah untuk ibu-ibu nak buat.
  • Allah dah janjikan dengan bersyukur Allah akan tambahkan nikmat kepada kita.
  • Bersyukur dapat menjadikan kita tenang sebenarnya kerana kita tak ambil tahu pasal orang lain dan tidak membandingkan dengan diri sendiri.

Tips 3: Berhenti Membandingkan Kehidupan Dengan Orang Lain

  • Ibu mesti jangan selalu membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.
  • Kita usaha sendiri untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada orang lain.
  • Jika kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain kita akan rasa sedih dan tidak puas hati.

Tips 4:  Forgive And Forget

  • Lupakan perkara yang lepas, maafkan la kesalahan orang lain selagi tidak melakukan perkara dosa besar kepada Allah.
  • Memaafkan orang dapat memberi ketenangan kepada kita.
  • Mohon la kepada Allah supaya kita dapat mengawal emosi dengan baik.

Tips 5 :  Fokus Kepada Buat Kebaikan

  • Masalah jangan di campur aduk kan dengan ketaatan dan tanggungjawab. Sebagai contoh bila ada masalah dengan suami, isteri tetap kena berkhidmat untuk suami juga.
  • Fokus kepada kebaikan kerana Allah sentiasa kira dan melihat setiap apa yang kita lakukan.

KESIMPULAN

  • Pada kesimpulannya untuk menjadi ibu yang hebat dan ikhlas, ibu kena bijak untuk mengawal emosi diri terlebih dahulu.
  • Ibu-ibu sentiasa la menimba ilmu setiap masa agar dapat membantu mengurus kehidupan setiap hari.
  • Selain itu, Ibu-ibu juga perlu sayangi diri, fokus pada diri, dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ibi-ibu miliki supaya ibu-ibu akan sentiasa tenang dan positif.
  • Akhir sekali, mohon la pertolongan dengan Allah agar sentiasa di beri kekuatan dan petunjuk agar dapat memberi kebaikan kepada orang sekeliling.
Close Menu