Siti Sarah Mohd Fauzi dilahirkan pada tahun 1987 di Sri Manjung Perak. Telah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak dan kini menetap di Bukit Saujana, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.Â
Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Serendah. Selepas mendapat keputusan UPSR 5A, menyambung pengajian di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang. Pernah menyambung pengajiaan di Maahad Tahfiz Darul Hikmah, Sg Buloh semasa cuti menunggu keputusan SPM dan berjaya menghafaz 10 juz Al Quran. Kemudian menyambung pengajian di KOLEJ MATRIKULASI PAHANG dalam bidang SAINS HAYAT. Kemudian menyambung pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Biologi.Â
Beliau mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak berusia 20 tahun secara kecil kecilan. Mempunyai pengalaman 16 tahun dalam bidang perniagaan dan terlibat dengan pelbagai jenis syarikat. Menubuhkan Syarikat Mommy Happy Group Sdn Bhd pada tahun 2019 yang beralamat di Puncak Alam, Selangor. Syarikat Mommy Happy membekalkan produk pendidikan kanak kanak ke Seluruh Malaysia melalui usahawan usahawan serta bekerjasama dengan ramai guru dan penulis untuk menghasilkan produk berkualiti untuk kegunaan ibubapa dan guru. Beliau juga terlibat dalam penganjuran Seminar Pendidikan Awal Kanak Kanak sejak tahun 2019 bersama dengan ramai Pakar Pendidikan Awal Kanak Kana