Kadang-kadang dalam usaha bagi mengejar satu matlamat hidup terdapat bahagian daripada hidup kita yang harus dikorbankan. Demi memenuhi kehendak pekerjaan, keluarga terabai, kesihatan tidak kita fikirkan, bahkan hak Allah s.w.t. pun dilewatkan. Padahal, itu hanya ketidakmampuan kita mengurus waktu ataupun memang tidak ada niat bagi menyeimbangkan kehidupan?
Semoga segala aktiviti kita sehari-hari tidak menjadi sia-sia. Segala lelah dapat menghasilkan bahagia, tidak hanya bahagia untuk diri kita sendiri, malah untuk orang-orang terdekat. Semoga apa pun yang kita cintai di dunia ini, sama sekali tidak mampu memalingkan hati kita daripada Allah s.w.t. Buku ini dihadirkan sebagai teman perbincangan, sebagai bahan merenung supaya saling mengingatkan betapa sayang sekiranya kita melewatkan hidup dengan sia-sia dan tidak tentu arah.