Bercerita.
Banyak sangat manfaatnya untuk anak-anak. Bukan cikgu seperti saya sahaja yang patut bercerita. Anda sebagai ibu bapa pun sangat disarankan untuk banyak bercerita dengan anak di rumah.
Apa manfaatnya:
- Merapatkan hubungan
- Meningkatkan penguasaan bahasa anak
- Membantu dalam proses membaca
- Meningkatkan imaginasi dan kreativiti anak
Di rumah pun boleh bercerita dengan anak. Tak perlu ada costumes atau props.
Apa yang kita perlu jika kita mahu bercerita dengan anak di rumah:
- Masa yang total tanpa telefon atau TV. 10 – 15 minit sahaja sudah cukup. Waktu paling sesuai adalah ketika anak sedang dalam mood yang baik. Dan ketika anak sedang dalam keadaan mahu tidur. Baring sama-sama dan berceritalah.
- Cerita yang menarik – biasanya cerita yang kita nak bawa ada motif. Contohnya cerita berkenaan kucing. Supaya kita sayang binatang. Atau cerita tentang cara berkawan.
- Suara dan intonasi yang jelas dan anak mudah faham.
Pernah bercerita dengan anak?
Hari ini sudah bercerita dengan anak?
Semoga mendapat manfaat.
Ashikin Hashim