TIPS PENGENALAN PRA NOMBOR

Untuk ajar anak anak prasekolah awal Matematik, Kita perlu dedahkan anak kepada ‘pengalaman pra nombor’ sebelum dedahkan anak kepada nombor itu sendiri

Kadang kita terus ajar anak nombor 1,2,3. Sebab tu kadang anak boleh je baca 1,2,3 sampai sepuluh tapi tak boleh tunjuk yang mana saiz besar sampai kecil, padankan warna yang sama, saiz yang berbeza dan lain2 lagi pengalaman pra nombor.

Start anak umur dua tahun kita dah mula boleh bagi pengalaman pra nombor ni tau. Apa yang nak diajar dalam pengalaman pra nombor ni?

Antaranya ialah:

❀️ Ajar anak padankan objek

Time ni kita kena ajar guna objek, tak sesuai lagi tau nak guna lembaran kerja. Paling senang guna je bahan atau objek yang ada kat rumah. Contoh kita boleh guna sudu & garfu

“Adik, cuba adik padankan sudu letak sini, garfu letak sini”

Untuk aktiviti padankan objek ni, kita boleh buat macam – macam stail ikut kreativiti kita. Nak padankan ikut bentuk ke, ikut warna ke, ikut saiz ke, semua boleh, ikut mak mak laπŸ˜„

Ingat!

Kena guna objek tau. Umur anak 4 tahun kebawah ni memang kita kena ajar guna objek yang dia boleh sentuh, sebab ikut kajian dalam minda anak anak ni, macam ada kamera yang tangkap gambar objek konkrit bukan abstract yang dia tak nampak

Scroll to Top