Siri Lawat Al-Aqsa ini terdiri daripada 3 buah buku yang menceritakan Din & Dina bersama Tok Babah ke Kompleks Al-Aqsa
Penceritaan dalam bentuk yang santai dan menyeronokan ini amat sesuai untuk diberikan pada anak-anak sebagai bahan bacaan tambahan bagi mempelajari sejarah islam.
Adalah penting bagi anak-anak untuk mengetahui & memahami sejarah kota penting yang pernah menjadi kiblat pertama umat islam, Supaya mereka membesar dengan ilmu & semangat cinta dan sayang akan kota yang membawa sejarah besar dalam tamadun islam sendiri.
Ibu Bapa boleh jadikan buku ini untuk dibacakan bersama anak-anak ketika sebelum tidur atau semasa sesi bersama keluarga.
Terdapat 3 buah buku dalam siri ini yang merangkumi :
Buku pertama menceritakan tentang sejarah terbinanya Kompleks Al-Aqsa.
Buku kedua menceritakan tentang masjid Al-Qibli atau nama asalnya Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat islam.
Buku Ketiga pula banyak menceritakan tentang masjid, menara, kudah dan bangunan bersejarah yang lain di dalam kompleks Al-Aqsa.
Buku berwarna-warni, dengan ilustrasi dan grafik yang menarik akan menambah minat anak-anak untuk membaca.