PROGRAM JELAJAH SEKOLAH (S.K CHANGKAT LADA 3)

Alhamdulilah selesai perkongsian slot Seronoknya Belajar Membaca dalam Program Jelajah Sekolah Bersama Mommy Happy (https://mommyhappygroup.com/) di SK Changkat Lada 3 pada hari Rabu, 5 Julai 2023 yang lalu.

Syukur dan teruja atas kepercayaan yang diberi untuk beraktiviti bersama 60 orang anak-anak kelas Prasekolah dan Tahun 1

Kami berkongsi kaedah seronok belajar membaca Bahasa Melayu menggunakan pelbagai BBM keluaran Mommyhappy. Disamping itu diselitkan aktiviti muzik dan pergerakan, teka sukukata, aktiviti berkumpulan dan motivasi diri. Anak-anak teruja dan bersemangat sepanjang program.

Scroll to Top