Hidup di dunia ini adalah ujian. Sebagai hamba Allah, kita tidak terlepas daripada ujian-Nya. Ujian ini bagi menguji tahap iman seseorang, sama ada diterima dengan reda atau menyalahkan takdir-Nya.
Saat kita diuji, Allah mahu kita kembali kepada-Nya. Lalu Allah didik hati kita melalui kisah mereka-mereka yang berjaya melalui ujian sebelum kita. Semuanya tercatat di dalam al-Quran.
Marilah kita jadikan para nabi sebagai inspirasi dan contoh teladan. Hadapilah ujian emosi ketakutan, kesedihan, kesusahan dan kematian melalui petunjuk al-Quran.
Buku Terapi Jiwa Qurani hadir bagi merawat hati yang gundah-gulana. Hayatilah ayat-ayat Allah yang boleh menyembuhkan keperitan.