Belajar merupakan satu proses. Apa jua ilmu memerlukan latihan yang berterusan dan sistematik. Belajar Matematik juga memerlukan kerehatan minda supaya boleh menerima sesuatu yang baharu.
Tahukah anda, Matematik itu tidaklah sesukar mana jika tahu tekniknya? Malah, sangat menyeronokkan bila anda berjaya membongkar rahsianya. Kipas Hikmat kini tampil dengan pendekatan terbaharunya menguasai Matematik. Malah, teknik beliau turut mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak kerana berjaya mengembalikan minat pelajar mempelajari subjek Matematik.
Buku ini tiada bab atau susunan seperti di dalam buku teks. Ianya disusun secara random. Akan tetapi teknik & illutrasi yang dibuat adalah sangat mudah difahami & menarik. Ia juga digunakan oleh kebanyakan sekolah. Terbukti ramai yang berpuashati dengan teknik yang diberikan.
Khas untuk pelajar yang : – Kurang minat subjek matematik – Tak faham teknik/formula matematik
TARIK MINAT ANDA KEPADA SUBJEK MATEMATIK DENGAN BUKU KIPAS HIKMAT