CADANGAN AKTIVITI MENGENAL ABJAD UNTUK IBU BAPA

Bahan- Bahan Yang Digunakan:

 

-Kertas Bergambar
-Gunting
-Marker Berwarna
-Gam
-Kertas Berwarna
-Bahan tambahan seperti batang aiskrim,mata kartun.glitter dan lain lain

” ANAK ANDA ADA MASALAH MENGENAL ABJAD?TIPS NI SESUAI UNTUK MEMBANTU ANAK ANDA MENGENAL ABJAD

Tahu tak sebenarnya banyak sangat aktiviti yang best kita boleh buat dengan anak-anak untuk bantu mereka kenal abjad? Haa…cuti sekolah pun nak dekat ni , saya ada tips best nak kongsikan dengan ibu ayah untuk ajar anak mengenal abjad.

TipsPertama: Cabut huruf

⚽Minta anak cabutkan huruf yang telah ditampal pada dinding,kemudian padankan huruf tersebut pada buku sebagai contoh menggunakan flip card wow

Contoh bahan: FLIP CARD WOW

Tips kedua: Gunakan Kad Imbas

⚽kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar menggunakan kad imbas kerana ianya lebih menarik berbanding membaca dari buku. Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan:
👉Sebutkan setiap huruf satu-persatu sambil menunjukkan bentuk huruf kepada anak supaya anak anda mengenali nama serta bentuk setiap huruf
👉Selerakkan huruf dan minta anak anda susun semula huruf mengikut urutan dari A sehingga Z
👉Sebutkan objek dan minta anak anda ambil huruf pertama dalam ejaan objek tersebut. Sebagai contoh, anda sebut perkataan ” ibu”, minta anak anda ambilkan huruf i iaitu huruf pertama dalam ejaan tersebut.

Contoh Bahan: KAD IMBAS

Tips ketiga: Belajar sambil menyanyi

⚽Cara yang akan lebih menarik minat anak anda ialah dengan cara belajar sambil menyanyi. Sebagai contoh, sediakan abjad yang telah diprint pada kertas dan mainkan lagu “Abu Ada Ayam” . Nyanyi bersama sama dengan anak sambil tunjukkan abjad huruf tersebut

Contoh Bahan: VCD ABU ADA AYAM

Haa best tak tips yang dikongsikan ni? jangan lupa ibu ayah buat dirumah tau. SELAMAT MENCUBA😉

Scroll to Top