Tulisan adalah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai sebelum seorang kanak-kanak melangkah ke tahap persekolahan formal.
Kemahiran tulisan adalah sebahagian dari
kemahiran fizikal. Ianya melibatkan kedua-dua otot utama (motor kasar) dan otot halus (motor halus).
Menulis adalah satu aktiviti yang susah dan lambat disebabkan banyak otot-otot yang terlibat dalam penghasilan tulisan.
Kanak-kanak memerlukan banyak latihan sebelum tulisan menjadi kemas dan cantik.
Kanak-kanak perlu dilatih untuk melembutkan otot tangan atau motor halus menerusi pelbagai aktiviti seperti menggunting, menggumpal, melukis dan mewarna.