Kajian membuktikan bahawa muzik meningkatkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak. Melalui muzik kanak-kanak mengenal bunyi huruf dan perkataan. Lagu ABC antara lagu awal yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang turutan huruf.
KELEBIHAN MUZIK
(Muzik Meningkatkan Daya Fikir) Muzik seperti biasa mampu menguatkan ingatan. Bukan sekadar di peringkat kanak-kanak, orang dewasa juga banyak mengambil manfaat untuk menghafal sesuatu melalui irama dan rima
(Muzik Membantu Perkembangan Emosi) Tidak dinafikan juga, muzik membantu perkembangan emosi dan menjadi terapi dalam pelbagai situasi. Bayi sering memerlukan ‘lullaby’ ketika mendodoikan mereka. Muzik menambah ketenangan kepada ibu dan juga anak.