Set Buku Huffaz Cilik

Set Buku Huffaz Cilik



Al-Quran bukan sekadar menjadi hafalan di mulut.
Kefahaman terhadap ayat suci tersebut perlu didalami.
Namun sebagai ibu bapa dan pendidik kita tiada masa atau tiada bahan pengajaran bagi kefahaman anak-anak.
Huffaz Cilik merupakan bahan bantu yang disediakan kepada ibu bapa dan guru-guru supaya proses pembelajaran Al-Quran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Di dalam buku aktiviti tersebut, ada aktiviti faham perkataan, faham ayat dan juga aktiviti seni.
Buku ini sesuai bagi kanak-kanak 6 – 10 tahun.


Harga: RM24.00
Bilangan Muka Surat: + Surah Al-Fatihah (31ms)
                                 + Surah Al-Asr (26 ms)
                                 + Surah Al-Ikhlas (31ms)
                                 + Surah An-Nasr (27 ms)



Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
      Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat. Ia adalah surah ke-112 dalam Al-Quran.Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’.  Ia adalah keikhlasan pengisytiharan Keesaan Allah yang Satu. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Esa, merujuk kepada Allah s.w.t.).

Surah al-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 3 ayat dan termasuk dalam kalangan surah Madaniyah. Al-Nasr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surah ini iaitu janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.

Surah al-‘Asr adalah antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi 3 ayat yang membentangkan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan menuju ke syurga-Nya. Imam al-Shafie berkata tentang surah ini, “Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka.”

Close Menu