BK31-Set Buku Al-Furqan

BK31-Set Buku Al-Furqan

Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
 
Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Mengikut kaedah fonetik
Disusun secara sistematik – 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
Kemahiran diperkenal secara bertahap
Illustrasi dan kad imbasan menarik
Kandungan Pakej:

4 Buah Buku dan 10 keping Kad Imbas

Harga: RM 39.00

 Dalam Buku 1 anak anak akan mempelajari:-

   a) Mengenal dan membaca 14 huruf lazim al-Quran
   b) Keutamaan huruf berdasarkan bunyi pertama yang keluar dari mulut bayi
   c) Penggunaan kad imbas dan lagu-lagu yang menarik bagi kanak-kanak
   d) Latihan membaca suku kata perkataan bermakna secara bertahap
   e) Mengenal dan memahami fungsi baris asas bacaan al-Quran

 

Dalam Buku 2 anak-anak akan mempelajari:-

     a) Mengenal dan membaca 14 huruf lazim al-Quran   
     b) Latihan membaca pelbagai suku kata dalam pelbagai baris secara bertahap
     c) Membaca dan mengenal huruf sambung
     d) Membanding dan membezakan bentuk dan bunyi huruf yang hampir sama

Dalam Buku 3 anak anak akan mempelajari:- 

    a) Mengenal dan Membaca Mad Asli  
    b) Mengenal dan Membaca Bacaan Tanwin
    c) Mengenal dan Membaca Bacaan Sukun
    d) Mengenal dan Membaca Bacaan Mad Lin
    e) Mengenal dan Membaca Bacaan Qalqalah
    f) Mengenal dan Membaca Bacaan Tasydid
    g) Latihan membaca pelbagai bentuk bacaan secara bertahap
    h) Bina keyakinan membaca al-Quran seawal mungkin

Dalam Buku 4 anak anak akan mempelajari :-

       a) Mengenal dan Membaca asas bacaan panjang
       b) Mengenal dan Membaca Hamzah Wasal
       c) Mengenal dan Membaca Lafaz Allah
       d) Memahami cara memberhentikan bacaan
       e) Mengenal dan Membaca asas Bacaan Dengung dan sebaliknya
       f) Mengenal dan Membaca asas Bacaan Idgham 

                                        Testimoni 1

                                           Testimoni 2

Close Menu