Buku Contoh Karangan Bahasa Malaysia KSSR disusun untuk memberi panduan kepada murid-murid Tahap Satu iaitu Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga dalam Bahagian Penulisan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Karangan- karangan yang terdapat dalam buku ini adalah berdasarkan tema-tema yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat juga panduan dan tip-tip menulis karangan jenis berformatdan karangan tidak berformat. Antaranya karangan fakta, keperihalan, autobiografi, berita, surat kiriman, laporan, catatan dan syarahan. Adalah diharapkan buku ini dapat menjadi panduan kepada murid-murid Tahap Satu untuk membaiki mutu penulisan karangan mereka. la juga bermanfaat kepada guru-guru untuk mengemukakan contoh karangan yang sesuai kepada murid-murid.